Bancian ayam halal

Posted December 21st, 2008 by Biro Ekonomi

 

Pendapat para pelajar amat dihargai untuk membantu kami membekalkan ayam halal yang diperlukan oleh pelajar. Sepertimana yang kita semua maklum pihak Biro Ekonomi telah menempah 2 jenis ayam halal bagi semester ini iaitu ayam halal France (DOUX) dan ayam halal Russia (warna hijau)..

Sebelum ini kami telah membeli ayam halal Rusia dengan harga yang berpatutan dan dijual dengar kadar harga 100 rubel shj/kg. Tetapi harga ayam halal tersebut di pasaran sekarang tidak menentu dan semakin lama semakin meningkat harga ayam tersebut walaupun produk dari Rusia. Jika undian terhadap ayam halal Rusia ini tinggi maka pihak kami insya Allah akan menempah jenis ayam halal ini dengan kadar harga jualan 110 rubel/kg..(overall berat 1.4kg-1.6kg, bermaksud harganya mencecah 160-170 rubel seekor)..tetapi kualiti ayam halal Rusia ini lebih baik berbanding ayam halal France (DOUX).

Namun harga ayam halal France (DOUX) lebih murah berbanding dengan ayam halal Rusia tersebut tetapi kualitinya tidaklah sebagus kualiti ayam halal Rusia. Kami telah menetapkan untuk menjual ayam halal France (DOUX) ini dengan harga 100 rubel/kg (overall berat=1.1-1.2 kg, bermaksud dijual pada harga 110 rubel ke 12o rubel seekor).

Atas dasar ini, kami mengadakan undian ini bagi mendapatkan apakah jenis ayam halal (FRANCE @ RUSSIA)  untuk kami jual bagi kemashlahatan dan kepuasan pelajar. “Pilihan anda, pilihan kami”.. Segala kerjasama anda kami dahului dengan ucapan terima kasih…wassalam (”,)

Innamal A’maalu Binn Niyah..

Posted December 17th, 2008 by Biro Ekonomi

Assalamualaikum w.b.t….

Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang, org yg berfikir tentang kebencian, benci la ia.

Itulah dia. Semuanya bermula daripada apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.

Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita pemalas. Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif, perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri.

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati”

Apakah yg dimaksudkan ngan “hati” sebenaranya? direct translation : heart…so jadi la die jantung…jantung yg mengepam darah ke organ…or maybe hati tu liver? or maybe “hati” tu adalah satu metafora je yang menandakan pemikiran or spirit/soul kite?? Sama2lah kita fikir2kan…Wallahualam…

Menjelang musim exam ni, marilah kite berusaha/study dengan hati yang tenang + doa + tawakkal..(tawakkal=usha+pergantungan kpd Allah) agar kita sama2 menjadi muslim yang disegani dah dihormati di manapun kita berada…Insya Allah semuanya dipermudahkan-Nya… (^__^)V


pengumuman ayam halal PPIM NN

Posted December 16th, 2008 by Biro Ekonomi

assalamualaikum
pada hari ini 16/12/2008 stok ayam baru telah diambil dan dimasukkan dalam peti ais utama di 3rd hostel.sebanyak 130 ekor ayam telah ditempah…berat seko ayam 1.1kg pada harga jualan 110 rubel seekor..anda boleh mendapatinya daripada wakil penjual kami
Tuan Shahrizuan, Raja Nabila, Safura Aziz n Nurifhan..harap maklum..kepuasan pelanggan kebanggaan kami..caiyok (”,)

Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted December 8th, 2008 by Biro Ekonomi

Assalamualaikum w.b.t.

 

Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Walillahilhamd..

Pihak Biro Ekonomi PPIM NN mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada warga muslimin dan muslimat sempena sambutan tersebut pada hari ini tanggal 8/12/2008 (10 zulhijjah 1429H). Macam2 ucapan selamat diberikan oleh ikwah n akhawat.

“Salam Aidiladha, Selamat Hari Raya Haji, Eid al-Adha, Kurban Bayram, etc)”. Tetapi yang penting kita faham kenapa kita sbg umat islam menyambut perayaan sedemikian. Firman Allah taala bermaksud dalam surat al-kautsar:2 :-

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

 

Ada juga dalam surah al-hajj :36:-

“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian daripada syiar agama Allahuntuk kamu; pada menyembelih unta yg tersebut ada kebaikan bg kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang2 yg tidak meminta dan yg meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.”

 

Marilah kita teliti pula sejarah2 korban terdahulu.

Sejarah korban anak-anak nabi Adam a.s- Habil dan Qabil

Firman Allah taala,

“Bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka akan cerita yg sebenarnya ttg dua anak nabi Adam (bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika kedua-duanya mempersembahkan korban (kepada Allah), maka yg seorang dr keduanya (Habil) diterima korbannya sedangkan yang lain (Qabil), tidak diterima korbannya- sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya ku bunuh engkau!”

 

Kemudian ada juga sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya nabi Ismail a.s..Firman Allah taala bermaksud:

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku (anak) daripada gol org2 yg soleh. Maka Kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yg penyantun. Tatkala sampai (umur) si anak mampu berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dlm tidur (mimpi) bhwsanya aku akan menyebelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” Si anak (nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku, buatlah apa yg diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku, insya Allah daripada gol org2 yg sabar!” (as-soffat :100-102)

 

Antara hikmah korban ialah:

  1. Menyembelih binatang korban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah taala dan sbg bukti serta keikhlasan kita dlm menghidupkan syiar Islam. Ini jelas difahami daripada firman Allah yg bermaksud : “Daging dan darah binatang korban atau hadyi itu tidak sekali2 akan sampai kepada Allah, tetapi yg sampai kepada-Nya ialah amal yg ikhlas yg berdasarkan taqwa daripada kamu.” (surah al-hajj:37)
  2. Orang yg berkorban akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.
  3. Titisan darah korban yg pertama adalah pengampunan bg dosa2 yg telah lalu.
  4. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yg mulia si sisi Allah taala.

dan byk lagi… :)

 

Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada amalan korban ini.

 

Sekali lagi sidang redaksi biro ekonomi PPIM NN mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat Islam yang sedang menyambut perayaan ini…

Taqabbalallahu minna wa minkum!! Kullu amun wentum bikhoir!! Kullu sanah wentum fitooatiLLAH!! 

 

Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Walillahilhamd.. (”,)

 

BIRO EKONOMI, PPIM RSC, Nizhniy Novgorod

Posted December 6th, 2008 by Biro Ekonomi

Bismillahirrahmanirrahim

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah buat pertama kalinya laman blog rasmi biro ekonomi PPIM RSC Nizhniy Novgorod diwujudkan bagi melebarkan lagi sayap biro ekonomi secara global. Laman blog ini juga diwujudkan bagi memudahkan penyampaian informasi biro ekonomi kepada semua, apakah perancangan biro yang telah, sedang dan akan dijalankan.

Tambahan pula, pembaca amat dialu-alukan untuk memberi sebarang pendapat, pujian dan kritikan yang membina bagi memantapkan lagi biro ekonomi dan menampung serta membaiki kelemahan dalam pentadbiran dalam biro ekonomi PPIM NN.

 

Biro Ekonomi PPIM NN bertanggungjawab mengendalikan urusan kebajikan ahli PPIM untuk mencari sumber makanan yang halal.

Tujuan asal ditubuhkan biro ini ialah untuk mencari sumber daging/ayam halal kepada pelajar Islam NN di samping menambahkan pendapatan PPIM NN serta mengadakan aktiviti dalam rangka mengukuhkan ekonomi PPIM NN. Sehingga ke hari ini Biro Ekonomi PPIM NN telah berjaya membeli dua buah peti sejuk bagi tujuan penyimpanan dan jualan ayam halal khususnya serta bahan mentah halal yang lain (contoh: daging halal, ravioli halal, dll). Peti sejuk utama dibeli dengan hasil pinjaman duit daripada ahli majlis tertinggi PPIM NN dan kin diletakkan di bilik basuh tingkat 3, Hostel 3. Hasil keuntungan jualan telah digunakan untuk membayar wang pinjaman ahli MT. Setelah itu, peti sejuk kedua telah dibeli hasil daripada keuntungan jualan tersebut dan kini diletakkan di blik 802, Hostel 5. Tujuan pembelian peti kedua ini ialah untuk memudahkan pelajar di Hostel 5 terutamanya untuk mendapatkan bekalan ayam halal.

 

Selain itu, biro ekonomi juga mengadakan jualan bazaar (dua kali sebulan) bagi menambahkan aktiviti di antara ahli biro di samping menambahkan pendapatan dan mencungkil bakat memasak di kalangan ahli. Biro ekonomi PPIM NN mempunyai ahli jawatankuasa kecil yang tersendiri.

Berikut adalah carta organisasi kecil biro bagi sesi 2008-2009:-

 

KETUA BIRO EKONOMI: Tuan Mohd Shahrizuan bin Tuan Mahmud (5th year)

PENOLONG KETUA BIRO: Safura binti Abd Aziz (3rd year)

SETIAUSAHA: Diyana binti Sabri (3rd Year)

PENOLONG SETIAUSAHA: Anisatus Sobirin binti Hudi (5th Year)

BENDAHARI: Nurifhan Husna binti Hamzah (2nd Year)

PENOLONG BENDAHARI: Rabiatul Adawiyah binti Zawawi (2nd Year)

KETUA AKTIVITI: Muhammad Asyraf bin Rusli (2nd Year)

PENOLONG KETUA AKTIVITI: Maizatul Farah binti Mahmood (5th Year)

 

 

Begitulah sekadar mukaddimah tentang Biro Ekonomi PPIM NN…

 

“Feel free to drop by and leave reply down here”

Semoga apa yang kita usahakan selama ini mendapat keredaan daripada Allah Taala.. Wallahualam…

Wassalam (”,)