About

Bismillahirrahmanirrahim

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah buat pertama kalinya laman blog rasmi biro ekonomi PPIM RSC Nizhniy Novgorod diwujudkan bagi melebarkan lagi sayap biro ekonomi secara global. Laman blog ini juga diwujudkan bagi memudahkan penyampaian informasi biro ekonomi kepada semua, apakah perancangan biro yang telah, sedang dan akan dijalankan. Tambahan pula, pembaca amat dialu-alukan untuk memberi sebarang pendapat, pujian dan kritikan yang membina bagi memantapkan lagi biro ekonomi dan menampung serta membaiki kelemahan dalam pentadbiran dalam biro ekonomi PPIM NN.

Biro Ekonomi PPIM NN bertanggungjawab mengendalikan urusan kebajikan ahli PPIM untuk mencari sumber makanan yang halal.

Tujuan asal ditubuhkan biro ini ialah untuk mencari sumber daging/ayam halal kepada pelajar Islam NN di samping menambahkan pendapatan PPIM NN serta mengadakan aktiviti dalam rangka mengukuhkan ekonomi PPIM NN. Sehingga ke hari ini Biro Ekonomi PPIM NN telah berjaya membeli dua buah peti sejuk bagi tujuan penyimpanan dan jualan ayam halal khususnya serta bahan mentah halal yang lain (contoh: daging halal, ravioli halal, dll).

Peti sejuk utama dibeli dengan hasil pinjaman wang daripada ahli majlis tertinggi PPIM NN dan kini diletakkan di bilik basuh tingkat 3, Hostel 3. Hasil keuntungan jualan telah digunakan untuk membayar wang pinjaman ahli MT. Setelah itu, peti sejuk kedua telah dibeli hasil daripada keuntungan jualan tersebut dan kini diletakkan di blik 802, Hostel 5. Tujuan pembelian peti kedua ini ialah untuk memudahkan pelajar di Hostel 5 terutamanya untuk mendapatkan bekalan ayam halal.

 

Selain itu, biro ekonomi juga mengadakan jualan bazaar (dua kali sebulan) bagi menambahkan aktiviti di antara ahli biro di samping menambahkan pendapatan dan mencungkil bakat memasak di kalangan ahli. Biro ekonomi PPIM NN mempunyai ahli jawatankuasa kecil yang tersendiri. Berikut adalah carta organisasi kecil biro bagi sesi 2008-2009:-

 

KETUA BIRO EKONOMI: Tuan Mohd Shahrizuan bin Tuan Mahmud (5th year)

PENOLONG KETUA BIRO: Safura binti Abd Aziz (3rd year)

SETIAUSAHA: Diyana binti Sabri (3rd Year)

PENOLONG SETIAUSAHA: Anisatus Sobirin binti Hudi (5th Year)

BENDAHARI: Nurifhan Husna binti Hamzah (2nd Year)

PENOLONG BENDAHARI: Rabiatul Adawiyah binti Zawawi (2nd Year)

KETUA AKTIVITI: Muhammad Asyraf bin Rusli (2nd Year)

PENOLONG KETUA AKTIVITI: Maizatul Farah binti Mahmood (5th Year)

 

Begitulah sekadar mukaddimah tentang Biro Ekonomi PPIM NN.

“Feel free to drop by and leave reply down here”  :D

 

Semoga apa yang kita usahakan ini mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah Taala. Wallahualam…

Wassalam (”,)