Tanggal 27/12/2008 (sabtu) aku tersedar daripada tidur kerana bunyi muzik yang datang dari bilik sebelahku.fikiranku melayang2 kenapakah malam yang sebegini indah untuk tidur dan beribadah kepada Allah swt diganggu oleh muzik rock yang menyakitkan hati serta bunyi bising orang bercakap2 dalam pelbagai bahasa disusuli dengan gelak tawa.Entah apelah yang sangat menggelikan hati mereka smpai larut malam sebegini pun tidak terfikir lagi untuk tidur.
Aku cuba menyambung kembali tidurku tetapi argh, terasa mata dan fikiranku tertusuk pedih dengan bunyi2 sedemikian yang mengganggu ruangan bilik dan blokku. Bermacam2 perkara yang mengganggu benak fikiranku. Antaranya kenapakah sejak akhir2 ini blokku terasa di”monopoli” oleh manusia2 yang tidak “siuman” yang tidak tahu cara untuk menghormati orang lain, datang mengganggu ketenangan yang kami kecapi selama ini. Sejak dari tahun pertama sampai tahun ketiga aku berada di negara bekas komunis ini, tidak terasa pun “makhluk2″ sebegini melintas di blokku sambil membuat riuh rendah tidak keruan.
Teringat lagi pada suatu malam, makhluk2 sebeginilah yang datang membuat kacau dan kedengaran muzik2 liar, suara2 liar, hentakan2 kaki liar, tarian2 liar, minuman2 liar (aku simpulkannya sebagai Parti Liar) pada waktu malam yang hening. Aku berusaha untuk menutup kedua2 belah telingaku dengan “earphone” sambil menggerak2kan tetikus komputerku menyelamatkan “hero”ku daripada menjadi mangsa Sand King. Rakan sebilikku tiada pada masa itu kerana tidur di bilik kawanku yang lain. Setelah lama berada di alam maya, terasa mataku semacam digam. Aku terus mematikan komputerku dan sebelum tidur aku masih lagi terdengar bunyi bising daripada Pesta Liar tadi. Entah bilalah akan berakhirnya Pesta Liar tersebut Yang ditaja seratus-peratus oleh syaitan laknatullah. Lalu dengan rasa marah bercampur geram disusuli pula dengan mengantuk yang amat sangat aku mendapatkan kameraku dan men”set”kannya ke fungsi video serta merekodkannya. Ku kira ini bukannya ”tajassus” tetapi sekadar ingin tahu siapakah yang terlibat dalam pesta sedemikian dan sampai bilakah makhluk2 ini mampu mengganggu suasana malamku. Seterusnya aku terus melompat ke atas katilku dan dimatikan Allah sementara waktu sampailah esoknya aku tersedar sebaik pintu bilikku diketuk rakan sebilikku.
Aku kira pada malam ini peristiwa tersebut menerjah kembali ke lubuk fikiranku sehingga menyebabkan fikiranku berkecamuk sama sekali. Cuma kali ini tiada hentakan kaki yang kuat, yang mampu meruntuhkan asrama yang aku duduki. Aku terus melompat dari tilamku yang empuk menuju ke kamar kecil untuk mencuci muka. Apabila ku buka sahaja pintu bilikku, bau2 asing telah menusuk hidungku antaranya bau arak, rokok dan shisha. Aku membiarkan sahaja bau itu berlalu pergi dan setelah beberapa lama aku berusaha menyambung tidur kembali setelah suasana bilikku kembali tenang.
Pagi 27/12/2008 (Sabtu) pukul sebelas pagi waktu tempatan, aku mendapati ruangan iklan Maal Hijrah yang ditampal oleh pihak BTK PPIM NN telah dicemari oleh tulisan yang tidak sepatutnya. Ketiga2 iklan yang ditampal di ketiga2 tingkat 3rd hostel telah dicemari oleh tulisan2 seperti “Apa?Chip*p?Haha” telah menusuk pedih ke dalam kalbuku bagai ditikam oleh sembilu yang tajam lagi bisa. Lalu terus dibuang sahaja iklan2 sedemikian sebelum ramai lagi yang menyedarinya. Mindaku berusaha mencari2 siapakah empunya tulisan jijik itu di atas iklan yang sedemikian. Apakah salahnya iklan tersebut sehingga dicaci maki sedemikian rupa.
Pagi itu aku terus menuju ke “LENTA” untuk mendapatkan bekalan kertas dan sedikit barangan bilik yang kehabisan. Keluar sahaja aku dari pasaraya 24-jam tersebut, telefonku berdering. Terus diangkatku dan aku mendapat satu berita buruk berkenaan dengan peti simpanan ayam halal di 3rd hostel untuk pelajar Muslim NN khasnya mengatakan bahawa pintu peti tersebut seakan telah dikopak orang. ”Ya Allah apakah ujian yang sedang ku hadapi ini? Anugerahkanlah kepadaku kesabaran para nabi dalam menghadapi setiap cubaan, mehnah dan tribulasi daripada-Mu!” Gumamku di dalam hati. Apa yang terlintas dalam fikiranku pada ketika itu adalah muka2 yang bakal dilayangkan tumbukan padu daripada kedua2 belah kepalan tanganku yang kecil ini. Aku cuba memberatkan neraca kesabaranku agar peristiwa sebegini tidak akan berlaku. Apakah kebaikan daripada pergaduhan2 sebegini? Yang ku inginkan adalah supaya setiap orang hidup dalam keadaan harmoni, tenang, selesa dan menghormati antara satu sama lain kerana perjalanan menuntut ilmu itu masih jauh.
Sesampai sahaja di bilikku setelah penat membeli-belah di “Lenta”, fikiranku masih lagi berputar2 dengan peristiwa yang telah kuhadapi sejak pagi tadi. Apakah kesudahan hari2 yang sedang dan akan datang?Adakah aku mampu menghadapi peristiwa2 sebegini?Adakah tahap kesabaran dan keimananku berada tetap di atas landasan Ilahi? Aku berdoa agar Allah S.W.T sentiasa menjagaku daripada terjatuh ke lembah2 kehinaan yang tersasar jauh daripada agama Allah dan saranan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W….. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini dalam menghadapi pentas dunia yang mencabar ini!!!! Amin
dipetik daripada:-
(”,) Happy reading